FAQ

Soalan yang biasa kami terima

Apa itu Diabliss?
Diabliss adalah gula tebu herba PERTAMA di dunia yang mesra diabetic serta rendah Indeks Glisemik untuk pilihan kemanisan yang sihat. Ianya adalah hasil kajian lebih 10 tahun beberapa saintis di India.
Adakah Diabliss ini pemanis tiruan?
Diabliss bukan pemanis tiruan. Sebaliknya ia adalah gula tebu biasa yang diproses secara bebas kimia dan di adun dengan bahan aktif 7 jenis herba terpilih berasaskan perubatan Ayurvedha.
Apakah kandungan aktif Diabliss?
Kandungan bahan aktif dalam gula herba Diabliss adalah:1- Halia/ Ginger (Zingiber Officinales Ross) 2- Lada Hitam/ Black Pepper (Piper Nigrum) 3- Kunyit/ Turmeric (Curcuma Longa) 4- Halba/ Fenugreek (Trigonella Foenum-Graecum) 5- Kulit Kayu Manis/ Cinnamon (Cinnamon Zylanicum) 6- Delima/ Pomergranate (Punica Granatum) 7- Amla/ Gooseberry (Ribes Glossularia)
Apa rasa gula Diabliss?
Rasa Gula Diabliss adalah sama seperti gula biasa. Walaupun diadun dengan 7 herba tersebut, dengan teknologi tersendiri, Gula Herba Diabliss boleh dinikmati tanpa komporomi rasa, warna dan tekstur.
Dari mana dikilangkan dan oleh siapa?
Diabliss dibangun dan dikilangkan oleh Diabliss Consumer Products Pvt Ltd yang berpengkalan di Chennai India.
Adakah Diabliss terdapat sebarang kesan sampingan?
Setakat nota ini ditulis, tiada rekod sebarang kesan sampingan dilaporkan kecuali kesan kebaikan kepada kesihatan.Produk Diabliss telah melalui kajian selama lebih 10 tahun melibatkan ujian prestasi (performance test) selama 4 tahun serta beberapa siri ujian klinikal yang berjaya.Selain dari itu Produk Diabliss juga telah melalui beberapa ujian Toksikologi yang berjaya dan diiktiraf oleh pihak ketiga yang berautoriti.
Bolehkah kanak-kanak atau wanita mengandung / menyusu menggunakan Diabliss?
Ya, boleh. Tiada pantang larang bagi sesiapa saja untuk menggunakan Gula Herba Diabliss.
Apakah Indeks Glisemik?
Diperkenalkan pada tahun 1981 oleh seorang ahli sains bernama Dr. Jenkins. Beliau telah menerangkan konsep GI ini dalam Jurnal Perubatan Nutrisi Klinikal Amerika (American Journal of Clinical Nutrition) sebagai panduan untuk seseorang mengekalkan kestabilan gula dalam darah.Beliau telah mengklasifikasikan karbohidrat berdasarkan bagaimana tubuh manusia bertindakbalas kepadanya. Kadar penyerapan karbohidrat dan kepantasannya menjadi glukosa dalam darah dikira sebagai satu indeks atau petunjuk. Indeks ini dipanggil Indeks Glisemik (GI).GI menunjukkan kedudukan makanan dalam skala 0 hingga 100 mengikut paras sesuatu makanan itu menaikkan paras gula dalam darah selepas ia di makan.
Apakah kebaikan makanan rendak indeks glisemik?
Menurut kajian beberapa institusi termasuk American Diabetics Association (ADA), Makanan rendah Indeks Glisemik (GI) sangat baik untuk:1) Pengawalan Gula Darah 2) Pengurangan Risiko Penyakit Jantung 3) Pengurusan Berat Badan Ideal 4) Pengawalan Kadar Lipid dan Lemak Triglyceride
Bolehkah Diabliss di ambil bersama ubat-ubatan atau makanan tambahan lain?
Ya boleh. Tiada bahan aktif merbahaya di dalam Diabliss dan tiada rekod dilaporkan berkenaan ketidak sesuaian penggunaan bersama ubat atau makanan tambahan lain.
Berapa banyak kuantiti Diabliss yang perlu saya ambil?
Tiada kuantiti tertentu yang ditetapkan. Diabliss adalah pengganti gula dan pemanis biasa yang merbahaya. Kadar biasa penggunaan adalah sihat dan selamat. Pengambilan berlebihan tetap memberi kesan tidak baik.
Berapa lamakah jangka hayat penyimpanan Diabliss?
Jangkahayat selamat Penyimpanan Diabliss dari Tarikh dikilang dan dibungkus adalah selama 2 tahun.
Dimanakah saya boleh mendapatkan produk Diabliss?
Produk Diabliss hanya boleh didapati dari Ibu Pejabat Glucosafe (M) Sdn Bhd melalui DALAM TALIAN SAHAJA samada melalui;1- Pesanan melalui Facebook #diablissmalaysia 2- Pesanan melalui Laman Sesawang www.diablissmalaysia.com.my 3- Melalui E-Malls- Lazada dan Shopee
Berapa lama saya akan menerima produk setelah membuat pesanan?
Pesanan Yang dibuat akan dihantar melalui Perkhidmatan Penghantaran;1- Selewat-lewatnya 3-5 hari bekerja untuk Semenanjung Malaysia 2- Selewat-lewatnya 5-10 hari bekerja untuk Sabah dan Sarawak.Syarikat kami tidak beroperasi pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.
Beli Disini